INDES 2024
THE 13TH INTERNATIONAL INVENTION, INNOVATION & DESIGN COMPETITION 2024
INOVASI
Mempersembahkan hasil ciptaan, inovasi dan rekaan para peserta dari dalam dan luar negara.
INOVATIF
Menyemarakkan semangat untuk sentiasa menghasilkan idea inovatif dalam kalangan warga UiTM Cawangan, pelajar sekolah dan masyarakat setempat.
KUALITI
Menggalakkan penghasilan idea produk inovasi dan rekaan yang berkualiti dengan nilai komersil yang tinggi.
BAKAT
Memartabatkan budaya inovasi negara dengan mengetengahkan bakat-bakat penyelidik baharu seperti ahli akademik muda, pelajar IPT, pelajar sekolah menengah dan rendah.
-
Prof Madya Dr Muhammad Abdul Aziz Ab Gani
Tim.Rektor PJIM&A
Pertandingan INDES 2024 merupakan platform untuk peserta mempersembahkan ciptaan, inovasi & reka bentuk mereka yang berpotensi untuk dikomersialkan. Pertandingan ini bertujuan untuk peserta dari pelbagai bidang : Universiti, Industri, Sekolah Menengah & Rendah di peringkat kebangsaan & antarabangsa.
THE 13TH INTERNATIONAL INVENTION, INNOVATION & DESIGN COMPETITION 2024
PENGENALAN
Pertandingan inovasi βThe 13th International Invention, Innovation and Design Competition 2024 (INDES 2024)β dianjurkan bagi menyediakan platform kepada peserta untuk mempersembahkan hasil ciptaan, inovasi dan rekaan yang berpotensi untuk dipaten dan dikomersilkan kepada umum. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua warga Institusi Pengajian Tinggi (Awam/Swasta), pemain industri, pelajar sekolah (rendah atau menengah) dan tidak kira sama ada wakil dari dalam negara atau luar negara. Pihak penganjur mensasarkan bilangan sebanyak 200 penyertaan.
Dalam INDES2024, terdapat DUA (2) jenis pertandingan akan dijalankan serentak dengan sasaran kuota penyertaan seperti berikut:
1- Invention, Innovation & Design (IID - Pameran) β Sasaran 200 Peserta 2- Product Pitch Competition (Pembentangan di pentas dewan) β Sasaran 50 Peserta daripada peserta pameran IID
Program ini akan dilaksanakan secara persembahan video dan fizikal di dalam dewan pameran bertempat di Dewan Seri Iskandar, UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar.
OBJEKTIF
Program ini mempunyai beberapa matlamat iaitu: -
a. Mempersembahkan hasil ciptaan, inovasi dan rekaan para peserta dari dalam dan luar negara.
b. Menyemarakkan semangat untuk sentiasa menghasilkan idea inovatif dalam kalangan warga UiTM Cawangan, pelajar sekolah dan masyarakat setempat.
c. Menggalakkan penghasilan idea produk inovasi dan rekaan yang berkualiti dengan nilai komersil yang tinggi.
d. Memartabatkan budaya inovasi negara dengan mengetengahkan bakat-bakat penyelidik baharu seperti ahli akademik muda, pelajar IPT, pelajar sekolah menengah dan rendah.
PENGANJURAN
Dianjurkan oleh Pejabat Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni (PJIM&A) Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak dengan kerjasama semua Kolej Pengajian, Fakulti dan Pusat Pengajian di UiTM Cawangan Perak. Program ini juga berkolaborasi dengan beberapa agensi kerajaan seperti Majlis Rekebentuk Malaysia (MRM), Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Exco (Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan), Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan beberapa pemain industri.
MEDIUM PERTANDINGAN
Medium pertandingan adalah pembentangan secara bersemuka bersama juri di dewan pameran berdasarkan poster, demonstrasi prototaip, video dan bahan-bahan pembentangan tambahan dari peserta di dalam Dewan Seri Iskandar, UiTM Cawangan Perak.
PROSES PENILAIAN
Proses penilaian akan bermula pada pukul 8 pagi sehingga 1 petang (5 jam) pada hari pembentangan yang sama oleh panel yang telah dilantik. Para panel akan menilai hasil ciptaan inovasi peserta berdasarkan berdasarkan poster, video, demonstrasi prototaip, dan bahan-bahan pembentangan tambahan dari peserta di dalam Dewan Seri Iskandar, UiTM Cawangan Perak.
GALERI
-
For the 8th year consecutively, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak is organizing the International Invention, Innovation and Design Competition (INDES 2019) with the theme "REINVENTING THE FUNDAMENTALS" on 19 September 2019.... Read more!
-
In this 9th year, we make it in virtual concept where you can share your creative ideas and innovative products with low cost but going global!... Read more!
-
EMBRACING CHALLENGES IN CHANGING TIMES... Read more!
-
The innovation competition The 11th International Invention, Innovation & Design Exhibition 2022 (INDES 2022) is a platform for participants to present their invention, innovation & design which has the potential to be commercialised. ... Read more!


































