INDES 2025
THE 14TH INTERNATIONAL INVENTION, INNOVATION & DESIGN COMPETITION 2025
INOVASI
Mempersembahkan hasil ciptaan, inovasi dan rekaan para peserta dari dalam dan luar negara.
INOVATIF
Menyemarakkan semangat untuk sentiasa menghasilkan idea inovatif dalam kalangan warga UiTM Cawangan, pelajar sekolah dan masyarakat setempat.
KUALITI
Menggalakkan penghasilan idea produk inovasi dan rekaan yang berkualiti dengan nilai komersil yang tinggi.
BAKAT
Memartabatkan budaya inovasi negara dengan mengetengahkan bakat-bakat penyelidik baharu seperti ahli akademik muda, pelajar IPT, pelajar sekolah menengah dan rendah.
-
Prof Madya Dr Muhammad Abdul Aziz Ab Gani
Tim.Rektor PJIM&A
Pertandingan INDES 2025 merupakan platform untuk peserta mempersembahkan ciptaan, inovasi & reka bentuk mereka yang berpotensi untuk dikomersialkan. Pertandingan ini bertujuan untuk peserta dari pelbagai bidang : Universiti, Industri, Sekolah Menengah & Rendah di peringkat kebangsaan & antarabangsa.
THE 14TH INTERNATIONAL INVENTION, INNOVATION & DESIGN COMPETITION 2025
PENGENALAN
Pertandingan inovasi “The 14th International Invention, Innovation and Design Competition 2025 (INDES 2025)” dianjurkan bagi menyediakan platform kepada peserta untuk mempersembahkan hasil ciptaan, inovasi dan rekaan yang berpotensi untuk dipaten dan dikomersilkan kepada umum. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua warga Institusi Pengajian Tinggi (Awam/Swasta), pemain industri, pelajar sekolah (rendah atau menengah) dan tidak kira sama ada wakil dari dalam negara atau luar negara. Pihak penganjur mensasarkan bilangan sebanyak 200 penyertaan.
Dalam INDES2025, terdapat DUA (2) jenis pertandingan akan dijalankan serentak dengan sasaran kuota penyertaan seperti berikut:
1- Invention, Innovation & Design (IID - Pameran) – Sasaran 200 Peserta
2- Product Pitch Competition (Pembentangan di pentas dewan) – Sasaran 40 Peserta daripada peserta pameran IID (20 kategori sekolah dan 20 kategori terbuka)
Program ini akan dilaksanakan secara fizikal di dalam dewan pameran bertempat di Dewan Seri Iskandar, UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar.
OBJEKTIF
Program ini mempunyai beberapa matlamat iaitu: -
a. Mempersembahkan hasil ciptaan, inovasi dan rekaan para peserta dari dalam dan luar negara.
b. Menyemarakkan semangat untuk sentiasa menghasilkan idea inovatif dalam kalangan warga UiTM Cawangan, pelajar sekolah dan masyarakat setempat.
c. Menggalakkan penghasilan idea produk inovasi dan rekaan yang berkualiti dengan nilai komersil yang tinggi.
d. Memartabatkan
budaya inovasi negara dengan mengetengahkan
bakat-bakat penyelidik baharu seperti ahli akademik
muda, pelajar IPT, pelajar sekolah menengah dan
rendah.
PENGANJURAN
Dianjurkan oleh Pejabat
Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni
(PJIM&A) Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak
dengan kerjasama semua Kolej Pengajian, Fakulti dan
Pusat Pengajian di UiTM Cawangan Perak. Program ini
juga berkolaborasi dengan beberapa agensi kerajaan
seperti Majlis Rekebentuk Malaysia (MRM), Perbadanan
Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Exco (Jawatankuasa
Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan),
Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN), Malaysia
Digital Economy Corporation (MDEC) dan beberapa
pemain industri.
MEDIUM PERTANDINGAN
Medium pertandingan adalah pembentangan secara bersemuka bersama juri di dewan pameran berdasarkan poster, demonstrasi prototaip, video dan bahan-bahan pembentangan tambahan dari peserta di dalam Dewan Seri Iskandar dan Dewan Ibnu Al-Khatib, UiTM Cawangan Perak.
PROSES PENILAIAN
Proses penilaian akan bermula pada pukul 8 pagi sehingga 1 petang (5 jam) pada hari pembentangan yang sama oleh panel yang telah dilantik. Para panel akan menilai hasil ciptaan inovasi peserta berdasarkan berdasarkan poster, video, demonstrasi prototaip, dan bahan-bahan pembentangan tambahan dari peserta di dalam Dewan Seri Iskandar dan Dewan Ibnu Al-Khatib, UiTM Cawangan Perak.
GALERI
-
In this 9th year, we make it in virtual concept where you can share your creative ideas and innovative products with low cost but going global!... Read more!
-
EMBRACING CHALLENGES IN CHANGING TIMES... Read more!
-
The innovation competition The 11th International Invention, Innovation & Design Exhibition 2022 (INDES 2022) is a platform for participants to present their invention, innovation & design which has the potential to be commercialised. ... Read more!
-
The innovation competition The 13th International Invention, Innovation & Design Exhibition 2024 (INDES 2024) is a platform for participants to present their invention, innovation & design which has the potential to be commercialised. ... Read more!


