Tentang Kami
-
Prof. Madya Dr. Nur Hisham Ibrahim, PMP
Rektor UiTM Cawangan Perak
Pertandingan inovasi “The 14th International Invention, Innovation and Design Competition 2025 (INDES 2025)” dianjurkan bagi menyediakan platform kepada peserta untuk mempersembahkan hasil ciptaan, inovasi dan rekaan yang berpotensi untuk dipaten dan dikomersilkan kepada umum. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua warga Institusi Pengajian Tinggi (Awam/Swasta), pemain industri, pelajar sekolah (rendah atau menengah) dan tidak kira sama ada wakil dari dalam negara atau luar negara. Pihak penganjur mensasarkan bilangan sebanyak 200 penyertaan.
-
PENGENALAN

Dalam INDES2025, terdapat DUA (2) jenis pertandingan akan dijalankan serentak dengan sasaran kuota penyertaan seperti berikut:
1- Invention, Innovation & Design (IID - Pameran) – Sasaran 200 Peserta
2- Product Pitch Competition (Pembentangan di pentas dewan) – Sasaran 40 Peserta daripada peserta pameran IID(20 kategori sekolah dan 20 kategori terbuka)
Objektif
Program ini mempunyai beberapa matlamat iaitu:
a. Mempersembahkan hasil ciptaan, inovasi dan rekaan para peserta dari dalam dan luar negara.
b. Menyemarakkan semangat untuk sentiasa menghasilkan idea inovatif dalam kalangan warga UiTM Cawangan, pelajar sekolah dan masyarakat setempat.
c. Menggalakkan penghasilan idea produk inovasi dan rekaan yang berkualiti dengan nilai komersil yang tinggi.
d. Memartabatkan budaya inovasi negara dengan mengetengahkan bakat-bakat penyelidik baharu seperti ahli akademik muda, pelajar IPT, pelajar sekolah menengah dan rendah.
Misi & Visi
MISI
"Memperkasakan Inovasi Global melalui Kerjasama dan Kreativiti"
VISI
"Untuk memupuk dunia di mana ciptaan terobosan, penyelesaian inovatif dan reka bentuk yang luar biasa diraikan, dipupuk dan dikongsi secara global, memacu perubahan positif untuk peningkatan masyarakat dan kemajuan potensi manusia."
Jangan ragu untuk menyesuaikan penyataan ini berdasarkan matlamat, nilai dan bidang tumpuan khusus pesaing anda. Pernyataan misi harus menggambarkan tujuan program, manakala pernyataan visi menggariskan kesan dan hala tuju masa depan yang diingini.
INDES 2025
THE 14TH INTERNATIONAL INVENTION, INNOVATION & DESIGN COMPETITION 2025
-
Antoine de Saint-Exupery
Inventor
'A rock pile ceases to be a rock pile the moment a single man contemplates it, bearing within him the image of a cathedral.' -
Thomas Edison
Inventor
"Genius is one percent inspiration, ninety-nine percent perspiration. -
Leo Burnett
CEO
"Make it simple. Make it memorable. Make it inviting to look at.