Hubungi: Sekretariat INDES 2026 • indes@uitm.edu.my
Language
INDES 2026 • Edisi ke-15

Platform antarabangsa untuk ciptaan, inovasi & reka bentuk

INDES 2026 menghimpunkan peserta dari institusi pengajian tinggi, industri serta sekolah untuk mempersembahkan idea dan penyelesaian yang berpotensi dipaten dan dikomersialkan.

Ucapan Alu-aluan

Rektor UiTM Cawangan Perak

Prof. Madya Dr. Nur Hisham Ibrahim, PMP

Rektor UiTM Cawangan Perak

Pertandingan inovasi “The 15th International Invention, Innovation and Design Competition 2026 (INDES 2026)” dianjurkan bagi menyediakan platform kepada peserta untuk mempersembahkan hasil ciptaan, inovasi dan rekaan yang berpotensi untuk dipaten dan dikomersilkan kepada umum.

Tentang Kami

PENGENALAN

Pertandingan inovasi “The 15th International Invention, Innovation and Design Competition 2026 (INDES 2026)” dianjurkan bagi menyediakan platform kepada peserta untuk mempersembahkan hasil ciptaan, inovasi dan rekaan yang berpotensi untuk dipaten dan dikomersilkan kepada umum.

Dalam INDES 2026, terdapat DUA (2) jenis pertandingan akan dijalankan serentak dengan sasaran kuota penyertaan seperti berikut:

1- Invention, Innovation & Design (IID - Pameran) – Sasaran 200 Peserta

2- Product Pitch Competition (Pembentangan di pentas dewan) – Sasaran 40 Peserta daripada peserta pameran IID

Objektif

Program ini mempunyai beberapa matlamat iaitu:

  • a. Mempersembahkan hasil ciptaan, inovasi dan rekaan para peserta dari dalam dan luar negara.
  • b. Menyemarakkan semangat untuk sentiasa menghasilkan idea inovatif dalam kalangan warga UiTM Cawangan, pelajar sekolah dan masyarakat setempat.
  • c. Menggalakkan penghasilan idea produk inovasi dan rekaan yang berkualiti dengan nilai komersil yang tinggi.
  • d. Memartabatkan budaya inovasi negara dengan mengetengahkan bakat-bakat penyelidik baharu seperti ahli akademik muda, pelajar IPT, pelajar sekolah menengah dan rendah.
Misi & Visi

MISI

"Memperkasakan Inovasi Global melalui Kerjasama dan Kreativiti"

VISI

"Untuk memupuk dunia di mana ciptaan terobosan, penyelesaian inovatif dan reka bentuk yang luar biasa diraikan, dipupuk dan dikongsi secara global, memacu perubahan positif untuk peningkatan masyarakat dan kemajuan potensi manusia."

Pernyataan ini boleh disesuaikan mengikut matlamat dan fokus penganjuran INDES 2026.

Sedia untuk menyertai INDES 2026?