Pertandingan Pitch
Prof. Madya Dr. Nur Hisham Ibrahim
Product Pitch Competition ialah satu pertandingan di mana peserta-peserta diberikan peluang untuk mempersembahkan produk atau hasil ciptaan mereka kepada panel juri. Mereka perlu memberikan penerangan yang ringkas dan meyakinkan tentang produk tersebut, dan juri akan menilai berdasarkan kriteria-kriteria tertentu. Peserta yang berjaya akan mendapat hadiah seperti sokongan kewangan, peluang untuk memperluaskan pasaran produk, dan sijil. Product Pitch Competition ini adalah cara yang berkesan untuk memperkenalkan produk inovatif kepada masyarakat dan pelabur yang berpotensi dalam INDES2026.
Pitch Competition INDES 2026
Product Pitch Competition ialah satu pertandingan di mana peserta-peserta diberikan peluang untuk mempersembahkan produk atau hasil ciptaan mereka kepada panel juri. Mereka perlu memberikan penerangan yang ringkas dan meyakinkan tentang produk tersebut, dan juri akan menilai berdasarkan kriteria-kriteria tertentu. Peserta yang berjaya akan mendapat hadiah seperti sokongan kewangan, peluang untuk memperluaskan pasaran produk, dan sijil. Product Pitch Competition ini adalah cara yang berkesan untuk memperkenalkan produk inovatif kepada masyarakat dan pelabur yang berpotensi dalam INDES2026.
Syarat Pendaftaran
1. Terbuka kepada semua peserta tempatan (Malaysia) INDES2026 yang mempunyai idea pembangunan produk. Persembahan prototaip tidak wajib, tetapi amat digalakkan.
2. Jumlah peserta yang akan diterima adalah terhad kepada 40 peserta sahaja (20 kategori sekolah dan 20 kategori terbuka). Ini bermaksud pendaftaran akan ditutup setelah mencapai jumlah peserta ini.
3. Setiap penyertaan perlu membayar yuran tambahan RM50 dalam yuran INDES2026.
4. Hanya lapan (8) penyertaan terbaik yang disenarai pendek bagi setiap kategori (A serta B atau C) akan dipilih untuk membuat pembentangan pada hari program.
5. Pemilihan penyertaan yang disenarai pendek adalah berdasarkan penilaian slaid pembentangan dan video pembentangan berdurasi enam (6) minit yang dihantar oleh peserta.
Format Pembentangan
Sesi pitching akan dilaksanakan serentak dengan sesi penjurian INDES 2026.
π Masa: 8.00 a.m β 1.00 p.m
π Tempat: Pentas Dewan Seri Iskandar, UiTM Cawangan Perak
Pembentangan (6 minit)
- Pengenalan β Peserta memulakan pembentangan dengan pengenalan diri serta ringkasan produk atau projek yang dibangunkan.
- Deskripsi Produk/Projek β Peserta menerangkan produk atau projek secara terperinci, termasuk ciri-ciri utama, manfaat dan keunikan yang ditawarkan.
- Aspek Inovasi β Peserta menghuraikan elemen inovasi serta kepentingannya dalam konteks pasaran atau penyelesaian masalah semasa.
- Model Perniagaan β Peserta menjelaskan model perniagaan, termasuk strategi penjanaan pendapatan dan potensi pengkomersialan.
- Demonstrasi Prototaip (Jika Ada) β Peserta digalakkan melakukan demonstrasi prototaip bagi memberikan gambaran yang lebih jelas tentang fungsi dan nilai produk.
- Rumusan β Peserta merumuskan poin-poin penting sebagai penutup pembentangan.
Sesi Soal Jawab (5 Minit)
- Selepas pembentangan, peserta akan menjalani sesi soal jawab bersama panel juri. Panel akan mengemukakan soalan berkaitan projek, dan peserta perlu memberikan jawapan yang jelas, tepat dan meyakinkan.
Tarikh Penting Pitch
Sila ambil perhatian tarikh-tarikh penting berikut bagi penyertaan sesi Pitch INDES 2026. Pastikan semua bahan dihantar mengikut tempoh yang ditetapkan untuk melancarkan proses penilaian dan hebahan senarai pendek.
17 April 2026β Tarikh akhir penghantaran video & slide oleh peserta
π€ Pautan penghantaran: BORANG!!!
7 Mei 2026
π’ Hebahan keputusan: lapan (8) penyertaan terbaik yang disenarai pendek bagi setiap kategori (A serta B atau C) untuk pembentangan pada hari program
Nota: Peserta dinasihatkan untuk menghantar bahan lebih awal bagi mengelakkan sebarang isu teknikal saat akhir.
Sertai Telegram Rasmi Pitch INDES 2026
Untuk makluman terkini, peringatan tarikh penting, dan sebarang hebahan berkaitan penghantaran bahan serta sesi pitching, sila sertai Telegram rasmi Pitch INDES di pautan berikut:
Template Pembentangan Pitching
Muat naik template pembentangan di sini!
Kriteria Penjurian
Kriteria Penjurian (Berpandukan Business Model Canvas)
Penilaian pitching akan dibuat berdasarkan keselarian idea dengan Business Model Canvas, merangkumi kriteria berikut:
- Kejelasan Projek β Kejelasan idea, objektif dan fokus projek.
- Kejelasan Masalah β Tahap kefahaman terhadap masalah sebenar.
- Cadangan Nilai & Inovasi β Keunikan penyelesaian dan nilai tambah.
- Segmen Pelanggan β Kejelasan sasaran pengguna.
- Penyelesaian & Aliran Operasi β Kefahaman operasi praktikal.
- Model Perniagaan β Logik penjanaan hasil atau impak.
- Sumber Utama & Rakan Strategik β Sokongan pelaksanaan projek.
- Struktur Kos & Kebolehlaksanaan β Kerealistikan kos.
- Potensi Pasaran / Impak β Kebolehan berkembang atau dikomersialkan.
- Kelebihan Daya Saing β Kelebihan berbanding penyelesaian lain.
- Demonstrasi Prototaip β Kejelasan demonstrasi (jika berkenaan).
- Seruan Tindakan & Hala Tuju Projek β Kejelasan hala tuju masa depan.
- Keupayaan Pasukan β Kesiapsiagaan dan peranan pasukan.
- Kualiti Penyampaian Pitch β Komunikasi, masa dan keyakinan.
Nota Penting
Peserta tidak perlu menerangkan semua sembilan (9) blok Business Model Canvas secara terperinci, namun perlu menunjukkan kefahaman menyeluruh terhadap logik model perniagaan. Penjurian menitikberatkan kejelasan idea, kebolehlaksanaan dan potensi impak.
Hadiah
Kesemua peserta akan menerima sijil penyertaan. 3 hadiah utama akan disediakan seperti berikut:
1- Hadiah wang tunai, pingat dan sijil (Tempat Pertama) x 2 Kategori
2- Hadiah wang tunai, pingat dan sijil (Tempat Kedua) x 2 Kategori
3- Hadiah wang tunai, pingat dan sijil (Tempat Ketiga) x 2 Kategori