Anugerah
Senarai Anugerah INDES 2026
Bilangan anugerah yang dipertandingkan adalah sebanyak TIGA (3) anugerah, iaitu:
i. Anugerah Emas, Perak dan Gangsa beserta sijil penyertaan.
ii. Anugerah Best of the Best mengikut Kelas Penyertaan: wang tunai, pingat dan sijil.
iii. Anugerah Pemenang Keseluruhan INDES 2026: Diamond Awards beserta sijil.
iv. Anugerah Inovasi Antarabangsa: hadiah wang tunai beserta pingat dan sijil penyertaan.
Anugerah Emas, Perak & Gangsa (Pingat Beserta Sijil Penyertaan)
Penganugerahan ini akan diberikan kepada semua peserta iaitu peserta dalam negara dan antarabangsa.
| Jenis | Penerangan |
|---|---|
| Emas | Pingat & sijil penyertaan (berdasarkan keputusan penilaian juri). |
| Perak | Pingat & sijil penyertaan (berdasarkan keputusan penilaian juri). |
| Gangsa | Pingat & sijil penyertaan (berdasarkan keputusan penilaian juri). |
Anugerah Best of The Best (Kelas Penyertaan)
Penganugerahan penyertaan paling terbaik akan diberikan kepada TIGA (3)
Pemenang anugerah ini akan diberikan wang tunai (berdasarkan kelas penyertaan), pingat dan sijil penyertaan.
Anugerah ini tidak ditawarkan kepada peserta antarabangsa dan hanya untuk peserta dalam negara sahaja.
| Kelas | Hadiah |
|---|---|
| Best of the Best | Wang tunai, pingat dan sijil (mengikut kelas penyertaan). |
Anugerah Khas Diamond (Pemenang Keseluruhan INDES 2026)
Penganugerahan pemenang anugerah keseluruhan pertandingan INDES 2026 akan diberikan kepada satu penyertaan yang berjaya mendapat markah penilaian paling tinggi untuk dianugerahkan Pingat Diamond berserta wang tunai dengan sijil penghargaan.
Anugerah ini tidak ditawarkan kepada peserta antarabangsa dan hanya untuk peserta dalam negara sahaja.
Anugerah Inovasi Antarabangsa Terbaik (Best International Innovation Award)
Penganugerahan pemenang anugerah keseluruhan pertandingan INDES 2026 akan diberikan kepada satu peserta yang berjaya mendapat markah penilaian paling tinggi dalam kalangan semua peserta antarabangsa untuk dianugerahkan pingat berserta wang tunai dengan sijil penghargaan. Anugerah ini hanya untuk peserta antarabangsa sahaja.
Penerbitan
Kesemua penyertaan akan mendapat satu penerbitan digital percuma — extended abstract dengan pendaftaran E-ISBN.